11/01/2023

Kisah perkahwinan Najm Al Din

Alhamdulilah kelas toturial dapat buat secara fizikal. Dan kami diberi tugasan terjemahan kisah yang menarik iaitu kisah perkahwinan pemimpin. Saya ingin berkongsi mengenai cerita perkahwinan ini bagaimana mereka boleh mendirikan rumah tangga.


Pada suatu hari,  Asad al-Din Shirakoh datang kepada Najm al-Din dan bertanya kepadanya mengapa tidak berkahwin?

Najm al-Din pun berkata: Saya tidak menemui sesiapa yang sesuai untuk saya. 

Ada's Al Din memberi satu nama dan terus Najm al-Din menggelengkan kepalanya dan berkata: Dia tidak sesuai untukku. Asad al-Din hairan dan bertanya. 

Dan siapakah yang sesuai untukmu? Najm al-Din menjawab: Aku mahukan seorang isteri yang solehah yang akan membawa tanganku ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki yang kami didik dengan baik sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.  

Najmuddin sedang duduk dalam majlis ilmu disebuah masjid di Tikrit, datanglah seorang gadis memanggil syeikh dari sebalik tabir, maka syeikh tersebut meminta izin daripada Najm al-Din dan pergi bercakap dengan gadis itu. Dan gadis itu ianya sama juga hasrat dengan Najm al-Din iaitu nak seorang suami yang soleh yang akan membawanya ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Kisah ini sangat menarik kerana Allah Taala memberikan apa yang mereka hajatkan. Maka Najm al-Din dapat seorang anak lelaki yang menjadi pahlawan yang mengembalikan Baitullah kepada kaum muslimin iaitu (Salah al-Din)

No comments:

Post a Comment

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...