Pengenalan
Penterjemahan
secara umumnya merupakan perbuatan mentafsir sesuatu teks dan menerbitkannya
semula ke dalam bahasa yang lain. Objektif utama penterjemahan adalah untuk
menghasilkan suatu karya terjemahan (teks sasaran) yang membawa makna yang sama
dengan sesuatu karya asing (teks sumber). Dalam proses penterjemahan, penterjemah
akan berusaha untuk menghasilkan pemahaman yang sempurna berpandukan prinsip-prinsip
penterjemahan dan beretika dalam menghasilkan suatu terjemahan yang baik. Oleh
yang demikian, penterjemah akan melakukan penyesuaian semula dengan lebih
terperinci agar para pembaca dapat faham akan idea yang terkandung di dalamnya.
Definisi
Terjemahan
Perkataan ‘terjemah’ boleh
didefinisikan sebagai mentafsirkan perkataan menggunakan perkataan dalam bahasa
lain. Istilah ‘terjemah’ ini berasal daripada perkataan bahasa Arab, yaitu
tarjama (ترجم), yutarjimu (يترجم) dan tarjamatan (ترجمة). Dalam pada itu, menurut Puteri Roslina Abdul Wahid (2007), perkataan
‘tarjamah’ itu sendiri boleh membawa kepada dua pengertian yang berbeza. Bagi
pengertian yang pertama ialah menterjemah teks atau buku daripada satu bahasa
kepada bahasa yang lain yang mempunyai hubungan rapat dengan pentafsiran dan
penghuraian. Ini boleh ditemui dalam buku-buku sejarah, falsafah dan sains yang
diterjemahkan oleh penterjemah bahasa Arab daripada bahasa lain. Manakala pengertian
‘tarjamah’ yang kedua ialah autobiografi. Proses terjemahan kebiasaannya akan melibatkan
dua bahasa iaitu bahasa sumber dan bahasa sasaran.
Menurut Kamus Dewan (Edisi Keempat)
telah mendefinisikan terjemahan sebagai “...pindahan (karangan dll) daripada
suatu bahasa ke suatu bahasa yang lain, alihan bahasa...”. Ini
bermaksud proses penterjemahan merupakan perbuatan memindahkan sesuatu isi atau
teks ke dalam bahasa lain atau menukarkan bahasa sesuatu teks tersebut.
Manakala menurut NewMark (1981), penterjemahan ialah satu kesenian yang
mengandungi usaha untuk menggantikan mesej atau pertanyaan bertulis dalam
sesuatu bahasa dengan mesej atau pertanyaan yang sama dalam bahasa lain.
Kepentingan
Penterjemahan dalam Kehidupan
Wujudnya kegiatan terjemahan disebabkan
oleh wujudnya perbezaan bahasa diantara dua tamadun. Dalam pada masa yang sama,
tamadun tersebut mempunyai keinginan untuk memanfaatkan keilmuan yang dipunyai
oleh tamadun yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa asbab usaha penterjemahan
dilakukan. Antaranya adalah:
1. Supaya pembaca dapat mengetahui
kandungan sesuatu teks yang ditulis dalam bahasa yang tidak difahami.
2. Dapat menyalurkan ilmu pengetahuan
asal kepada pembaca asing.
3. Bagi mengelakkan salah faham dalam
memahami suatu konteks dalam pertuturan
Tulisan:
Hawa Amani (UKM) 🐾
No comments:
Post a Comment