Tadi tengah duduk sambil baca buku cerita arab, tiba-tiba terfikir.... "macam mana boleh wujudnya terjemahan bahasa.."
ehh, terjumpa pulak maklumat ni.. jom kita baca bersama, semoga bermanfaat :)
SEJARAH TERJEMAHAN
3,000 SM: Batu bersurat 2 bahasa ditemui di Mesir (Zaman Mesir Tua). Dengan penemuan ini, sejarah penterjemahan bermula.
3 00 SM: Orang Roman telah menterjemahkan bahan dalam bahasa Yunani (Greek) ke bahasa Roman.
1100 M: Pada abad ke 12, Tariq bin Ziyaid (Gibraltar) berjaya menakluki Sepanyol.
• Lahir kerajaan Moor di Sepanyol. Bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah.
• Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek.
1100 M: Abad ke-12: Diwujudkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol yang bertujuan menterjemah idea Islam ke bahasa Greek (termasuklah Sains Islam dan Falsafah Islam).
1522: Martin Luther menterjemahkan kitab Injil ke bahasa Afrika.
1611: Injil diterjemahkan ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.
1790: Tyler berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah-olah karya itu karya asli.”
1923: Benjamin menamakan terjemahan yang dihasilkan sebagai penyalinan semula (1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula).
1961: Jumplet menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.
Contoh tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan harafiah (perkataan demi perkataan): Noralis (1798), Goethe (1813/14), Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), Nietzsche (1882)
1900 –1990: Pemindahan teknologi memesatkan lagi proses terjemahan ke bahasa-bahasa:
• negara miskin
• negara sedang membangun
• negara membangun Kegiatan penterjemahan ini penting kerana setiap negara mempunyai Bahasa Kebangsaan sendiri.
1911: Encyclopedia Britannica menyiarkan rencana menyatakan bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat. Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional. Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan. Proses basmi penyelewengan terjemahan agar jujur dan tepat.
1948-1970: UNESCO mengeluarkan kenyataan terjemahan pesat berlaku 4 hingga 5 kali ganda untuk 3 bidang: • Pendidikan • Sains dan Sains Sosial • Kebudayaan
1948-1970: Terjemah ke (UNESCO): • bahasa Inggeris (USA) • bahasa Jerman • bahasa Russia
1959 : Tulisan kesusasteraan, falsafah, sains, perdagangan, diplomatik dan antara bangsa dari bahasa Latin dan Perancis telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris. Dari bahasa Inggeris ini, tulisan tersebut diterjemahkan pula ke bahasa-bahasa peribumi.
Pada masa kini, buku-buku Bahasa Inggeris masih mendominasi buku-buku di IPTA. Sesudah zaman penjajahan,penterjemahan menjadi sangat penting. Bahasa penjajah diperturunkan kepada anak negeri tanah jajahan.
Badan Antarabangsa mula menubuhkan perdagangan antarabangsa, kemajuan Sains dan Teknologi bercambah dan maju. Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi, peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut. Penterjemahan semakin mustahak. Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan.
1967: Kesatuan Ekonomi Eropah mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.
1972: Spitzbart menyatakan 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun. Eropah memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial
No comments:
Post a Comment