18/12/2022

Terjemahan sangat unik

Alhamdulilah kelas tutorial saya dapat belajar  terjemahan ini mempunyai pelbagai jenis terjemahan . Jadi saya ingin kongsi terjemahan yang saya belajar .Contohnya: 

Terjemahan tuntas iaitu (tatabahasa kosakata) - Terjemahan yang pindahkan semua unsur bahasa iaitu ganti unsur tatabahasa dan kosakata bahasa dengan padanan terjemah tatabahasa dan kosakata bahasa sasaran.


Terjemahan terbatas pula terjemahan fonologi ,bahasa sumber yang digantikan mengikut kesesuaian dalam bahasa sasaran tanpa berlaku perubahan tatabahasa dan kosakata. Contohnya filem, drama, teater dan sebagainya dalam meniru aksi-aksi tertentu.

Terjemahan terikat dan pelbagai lagi. Walaupun ayat yang sama tapi kita boleh guna pelbagai terjemahan asalkan faham apa yang hendak sampaikan pada seseorang.

Dengan ini penterjemah tidak boleh hanya mengikuti satu kaedah sahaja, boleh juga menggunakan kaedah yang berbeza ianya hendaklah bergantung kepada jenis teks bahasa sumber dan tujuan penterjemah itu sendiri.

No comments:

Post a Comment

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...