Assalamualaikum awak-awak ๐.
Perkongsian ringkas kita hari ini adalah..
KAEDAH-KAEDAH TERJEMAHAN SIRI 2
.
Kenapa SIRI 2?
Jom tengok post saya yang sebelum ni ๐
Dengan ucapan Bismillah, saya mulakan Siri 2
โ BEBAS
- Satu penterjemahan yang tidak terikat dengan teks asal.
- Terbahagi kepada dua jenis, iaitu:
i) Terjemahan Dinamis
ii) Terjemahan Adabtasi/Saduran
โTerjemahan Dinamis
โ Penyalinan semula maklumat
- menyalin semula maklumat dalam teks asal kepada bahasa penerima
โ Persamaan lawan keserupaan
- menyalin semula maklumat, bukannya menyalin bentuk bagaimana maklumat diungkapkan
โ Persamaan bersahaja
- terjemahan yang tidak berbau terjemahan apabila dibaca seolah-olah ia karya asli
- dibuat menggunakan ciri asli bahasa sasaran dan jangan memaksa bahasa sasaran mengambil bentuk tatabahasa bahasa sumber
โ Persamaan terdekat
- penterjemah hanya boleh terjemah dnegan menggunakan prsamaan yang paling dekat maknanya (sebab tiada makna yang serupa antara dua bahasa)
โ Keutamaan makna
- perkara utama dalam penterjemahan adalah isi/maklumat dalam teks asal
- ada masa, penterjemah perlu membuat perubahan radikal semata-mata untuk kekalkan maklumat dalam teks
-contohnya: He has a family
Dia mempunyai keluaga (Salah)
Dia sudah berumahtangga (Betul)
Dalam konteks ayat ini, "family" tidak diterjemahkan sebagai keluarga kerana lebih diutamakan untuk diterjemah sebagai berumahtangga.
โก Kepentingan gaya
- penterjemah hendaklah menterjemah mengikut gaya penulis asal
- contoh: puisi diterjemah sebagai puisi/prasa diterjemah sebagai prasa
- unsur gaya penting bagi meninggalkan kesan yang mendalam kepada pembaca
โTerjemahan Adaptasi/Saduran
- tiada syarat menterjemah asalkan ia mengekalkan isi kandungan karya asal
- mengambil isi penting sahaja dan kadang-kadang menokok tambah dalam terjemahan itu
- terdapat dalam puisi, cerita dan sebagainya
- terjemahan dipengaruhi oleh:
โ Jenis teks yang diterjemah
โ Penanda stilistik teks bahasa sumber
โ Penanda sasaran
โ Setakat mana penterjemah memahami dan menghayati teks bahasa sumber
โ Kecenderungan gaya penterjemah dan kemampuannya mengenali laras stilistik
Sekian sahaja.
No comments:
Post a Comment