Alhamdulilah hari khamis semasa kelas tutorial saya belajar mengenai terjemahan kata nama khas.Saya ingin kongsi sedikit apa yang saya belajar .
Semua mesti tahu kata nama khas ini merujuk sama ada kepada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.Ianya juga terbahagi kepada 2 :
1. hidup (manusia dan binatang)
2. tak hidup
📌Contohnya untuk nama orang seperti علي) Ali), محمد) Muhammad), فاطمة(Fatimah) dan زينب) Zainab) tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu, tetapi ada dua perkara yang perlu dibuat iaitu:
✅Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.
✅Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.
📌Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.
✅Contohnya: األكبر اإلسكندر) BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);داود) BA) - David (BI) dan Daud (BM)
✅Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga dia telah melakukan kesalahan yang berat.
✅Contoh:Longman (BI) menjadi لونجمان) BA) bukannya طويل رجل ,dan Longman (BM).
No comments:
Post a Comment