13/01/2023

KAEDAH MENTERJEMAH CERITA PENDEK


 MEMBUAT CERITA PENDEK DALAM BAHASA ARAB

Untuk membuat cerita pendek dalam bahasa Arab, terlebih dahulu kita harus memahami pola kalimat dasar dalam bahasa Arab. Setelah itu, kita boleh melakukan dua langkah berikut:

1.  Tentukan tema cerita.

2.  Sebutkan ISIM & FI’IL yang ada kaitannya dengan tema cerita.

Misalnya kita ingin membuat cerita tentang SEBUAH KAMAR. Maka terlebih dahulu kita kumpulkan ISIM dan FI’IL yang berkaitan dengan kamar. Seperti misalnya:

ISIM:  bantal, lampu, meja, kerusi, kipas angin.

FI’IL: Tidur, duduk, belajar, membaca.


Contoh:


في الغرفة


الغرفة واسعة. في الغرفة سريركبير. على السرير الكبير فراش نظيف و وسادة جميلة. نام علي و زيد على الفراش ليلا


علي و زيد من جاكرتا علي طالب في المدرسة و زيد طالب في الجامع


الآن يجلس علي على الكرسي و يجلس زيد على السرير. يكتب علي رسالة و يقرأ زيد مجلة


.في الغرفة مروحة صغيرة. المروحة أمام علي.  وضع علي المروحة على المكتب


DI KAMAR

Bilik itu luas. Di dalam bilik ada sebuah katil yang besar. Di atas katil yang besar itu ada sebuah tilam yang besih dan bantal yang bagus. Ali dan Zaid tidur di atas katil itu pada malam hari. Ali dan Zaid berasal dari Jakarta. Ali adalah siswa di sekolah dan Zaid adalah mahasiswa di universiti. Sekarang Ali sedang duduk di atas kerusi dan Zaid sedang duduk di atas ranjang. Ali sedang menulis surat dan Zaid sedang membaca majalah. Di dalam bilik ada kipas angin yang kecil. Kipas angin itu berada di depan Ali.  Ali meletakkan kipas angin itu di atas meja.


Semoga bermanfaat...

11/01/2023

KATA NAMA KHAS

 Alhamdulilah hari khamis semasa kelas tutorial saya belajar mengenai terjemahan kata nama khas.Saya ingin kongsi sedikit apa yang saya belajar .


Semua mesti tahu kata nama khas ini merujuk  sama ada kepada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.Ianya juga terbahagi kepada 2 :

1. hidup (manusia dan binatang)

2. tak hidup

📌Contohnya untuk nama orang seperti علي) Ali), محمد) Muhammad), فاطمة(Fatimah) dan زينب) Zainab) tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu, tetapi ada dua perkara yang perlu dibuat iaitu:

✅Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.

✅Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

📌Sekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

✅Contohnya: األكبر اإلسكندر) BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);داود) BA) - David (BI) dan Daud (BM)

✅Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga dia telah melakukan kesalahan yang berat.

✅Contoh:Longman (BI) menjadi لونجمان) BA) bukannya طويل رجل ,dan Longman (BM).

Monofologi VS Morfologi

 Alhamdulilah untuk subjek ni saya didedahkan dengan perkara baru mengenai bahasa.

 Monofologi  ini saya sangat minat akan tetapi saya fikir monofologi dan Morfologi sesuatu yang sama . Ternyata tidak sama.


Monofologi ianya adalah mengkaji mengenai  bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa.Ianya berkait rapat bagaimana bunyi bahasa dituturkan. Dalam pertuturan bagaimana menghasilkan bunyi yang bermakna .

Manakala morfologi pula adalah mengkaji tentang struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Ianya merupakan salah satu komponen dalam tatabahasa bahasa Melayu. Contoh ayat : 


1. Ibu merebus ketupat untuk dihidangkan sewaktu hari pertama raya.

2. Kami menjerang air menggunakan cerek baru.

Ayat atas menggunakan kata yang hampir maksud sama.







Kisah perkahwinan Najm Al Din

Alhamdulilah kelas toturial dapat buat secara fizikal. Dan kami diberi tugasan terjemahan kisah yang menarik iaitu kisah perkahwinan pemimpin. Saya ingin berkongsi mengenai cerita perkahwinan ini bagaimana mereka boleh mendirikan rumah tangga.


Pada suatu hari,  Asad al-Din Shirakoh datang kepada Najm al-Din dan bertanya kepadanya mengapa tidak berkahwin?

Najm al-Din pun berkata: Saya tidak menemui sesiapa yang sesuai untuk saya. 

Ada's Al Din memberi satu nama dan terus Najm al-Din menggelengkan kepalanya dan berkata: Dia tidak sesuai untukku. Asad al-Din hairan dan bertanya. 

Dan siapakah yang sesuai untukmu? Najm al-Din menjawab: Aku mahukan seorang isteri yang solehah yang akan membawa tanganku ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki yang kami didik dengan baik sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.  

Najmuddin sedang duduk dalam majlis ilmu disebuah masjid di Tikrit, datanglah seorang gadis memanggil syeikh dari sebalik tabir, maka syeikh tersebut meminta izin daripada Najm al-Din dan pergi bercakap dengan gadis itu. Dan gadis itu ianya sama juga hasrat dengan Najm al-Din iaitu nak seorang suami yang soleh yang akan membawanya ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Kisah ini sangat menarik kerana Allah Taala memberikan apa yang mereka hajatkan. Maka Najm al-Din dapat seorang anak lelaki yang menjadi pahlawan yang mengembalikan Baitullah kepada kaum muslimin iaitu (Salah al-Din)

Terjemahan kisah munafiq

Pada hari Khamis , saya belajar terjemahan mengenai kisah munafiq. Teks dalam bahasa Arab dan kami terjemahkan dalam bahasa melayu. 


Jadi ini potongan teks tersebut: 

Hilang jiwanya. seseorang tidak kehilangan dirinya apabila tidak menentang yang lain, dan kerjanya seimbang, tetapi orang yang munafik sentiasa hidup dalam kebimbangan dan kekeliruan. Oleh itu, dia cuba melarikan diri dari realitinya, jadi dia menggunakan seperti dadah atau perkara lain. dan penyelesaiannya bukanlah untuk seseorang itu mencari dadah apabila di hadapan / menerima peristiwa itu, tetapi orang itu mesti menghadapi peristiwa itu dan cuba mencari penyelesaian .

Kita jangan jadi orang munafiq yang hanya berkata sahaja tapi tidak menjadi orang yang berbuat. Allah tidak suka sikap munafiq ini ada pada HAMBANYA.

Bahasa VS Budaya

Alhamdulillah semasa belajar tajuk ni saya mengetahui bahawa bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya.

Dan yang paling saya terkejut ianya berkaitan dengan terjemahan .Penterjemahan ini juga turut melibatkan budaya. Ianya juga memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.


Maksud terjemahan Bahasa:

Menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah juga perlu menggunakan bahasa yang digunakan oleh penutur asal.

Maksud Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya wajib dikekalkan.

Belajar makna terjemahan

Alhamdulilah diberi peluang untuk mengetahui yang makna perkataan ni amat luas . Satu perkataan boleh jadi banyak makna dan ianya mengikut kesesuaian sesuatu ayat.Jadi di sini saya sertakan beberapa contoh perkataan dan ayat  : 

1. Information / maklumat 

-Please fill out the information below.
Sila isikan info di bawah.
-The Information Communication and Culture Ministry.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
-I am hoping the information I share will help you.
Harap info yang saya share membantu anda.

2. Body / badan

- The body was discovered in the sailboat on Monday.
Mayatnya ditemui dalam kapal layar itu pada Isnin.
- The body language also changes.
Bahasa tubuhnya juga berubah.
based on a Stephen King novella called The Body.
-Performed successfully can help preserve the body for a duration of many years.
Melakukan pengawetan yang berjaya dapat membantu memelihara jasad bertahun-tahun lamanya.


Seronok belajar apabila tahu satu perkataan boleh membawa maksud yang pelbagai

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...