02/12/2022

TOKOH - TOKOH DALAM BIDANG TERJEMAHAN

Assalamualaikum semua, pada hari ini saya berminat untuk berkongsikan dengan anda semua tentang tokoh-tokoh yang terkenal dalam bidang terjemahan. Adakah anda tahu siapakah tokoh-tokoh tersebut? Jika anda tidak tahu, ayuh teruskan membaca posting saya ini supaya anda dapat mengetahu siapakah tokoh-tokoh tersebut 😇. 

Antara tokoh yang popular ialah 👇 :

1. J.C. Catford.

Nama sebenar beliau ialah  John "Ian" Cunnison Catford. Beliau dilahirkan pada 26 Mac 1917 di Edinburgh, Scotland dan meninggal dunia pada 6 Oktober 2009. Beliau merupakan seorang pakar bahasa di Scotland. Antara kepakaran beliau ialah ilmu mengenai fonetik formal, pengeluaran aerodinamik dan fisiologi bersuara, keunikan fonetik dalam pertuturan, dan keupayaan mengejutkan untuk mengeluarkan semula kata-kata, dan juga ucapan.

2. Newmark.

Nama sebenar beliau ialah Peter Newmark. Beliau dilahirkan pada 12 April 1916 di British dan meninggal dunia pada 9 Julai 2011. Beliau merupakan seorang profesor Bahasa Inggeris terjemahan di University of Surrey dan salah seorang tokoh utama dalam penubuhan Pengajian Terjemahan bahasa Inggeris dunia pada abad ke-20. 

3. Nida

Nama sebenar beliau ialah Eugene A. Nida. Beliau dilahirkan pada 11 November 1914 di Oklahoma, US dan meninggal dunia pada 25 Ogos 2011. Beliau merupakan seorang ahli bahasa yang membangunkan Kesetaraan Dianamik Teori Terjemahan Bible dan salah seorang pengasas disiplin moden Pengajian Terjemahan.


Semoga bermanfaat untuk kalian semua 👍. Kita berjumpa lagi di posting yang seterusnya. Bubyeeeeee👋

No comments:

Post a Comment

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...