11/01/2023

Monofologi VS Morfologi

 Alhamdulilah untuk subjek ni saya didedahkan dengan perkara baru mengenai bahasa.

 Monofologi  ini saya sangat minat akan tetapi saya fikir monofologi dan Morfologi sesuatu yang sama . Ternyata tidak sama.


Monofologi ianya adalah mengkaji mengenai  bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa.Ianya berkait rapat bagaimana bunyi bahasa dituturkan. Dalam pertuturan bagaimana menghasilkan bunyi yang bermakna .

Manakala morfologi pula adalah mengkaji tentang struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Ianya merupakan salah satu komponen dalam tatabahasa bahasa Melayu. Contoh ayat : 


1. Ibu merebus ketupat untuk dihidangkan sewaktu hari pertama raya.

2. Kami menjerang air menggunakan cerek baru.

Ayat atas menggunakan kata yang hampir maksud sama.







Kisah perkahwinan Najm Al Din

Alhamdulilah kelas toturial dapat buat secara fizikal. Dan kami diberi tugasan terjemahan kisah yang menarik iaitu kisah perkahwinan pemimpin. Saya ingin berkongsi mengenai cerita perkahwinan ini bagaimana mereka boleh mendirikan rumah tangga.


Pada suatu hari,  Asad al-Din Shirakoh datang kepada Najm al-Din dan bertanya kepadanya mengapa tidak berkahwin?

Najm al-Din pun berkata: Saya tidak menemui sesiapa yang sesuai untuk saya. 

Ada's Al Din memberi satu nama dan terus Najm al-Din menggelengkan kepalanya dan berkata: Dia tidak sesuai untukku. Asad al-Din hairan dan bertanya. 

Dan siapakah yang sesuai untukmu? Najm al-Din menjawab: Aku mahukan seorang isteri yang solehah yang akan membawa tanganku ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki yang kami didik dengan baik sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.  

Najmuddin sedang duduk dalam majlis ilmu disebuah masjid di Tikrit, datanglah seorang gadis memanggil syeikh dari sebalik tabir, maka syeikh tersebut meminta izin daripada Najm al-Din dan pergi bercakap dengan gadis itu. Dan gadis itu ianya sama juga hasrat dengan Najm al-Din iaitu nak seorang suami yang soleh yang akan membawanya ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Kisah ini sangat menarik kerana Allah Taala memberikan apa yang mereka hajatkan. Maka Najm al-Din dapat seorang anak lelaki yang menjadi pahlawan yang mengembalikan Baitullah kepada kaum muslimin iaitu (Salah al-Din)

Terjemahan kisah munafiq

Pada hari Khamis , saya belajar terjemahan mengenai kisah munafiq. Teks dalam bahasa Arab dan kami terjemahkan dalam bahasa melayu. 


Jadi ini potongan teks tersebut: 

Hilang jiwanya. seseorang tidak kehilangan dirinya apabila tidak menentang yang lain, dan kerjanya seimbang, tetapi orang yang munafik sentiasa hidup dalam kebimbangan dan kekeliruan. Oleh itu, dia cuba melarikan diri dari realitinya, jadi dia menggunakan seperti dadah atau perkara lain. dan penyelesaiannya bukanlah untuk seseorang itu mencari dadah apabila di hadapan / menerima peristiwa itu, tetapi orang itu mesti menghadapi peristiwa itu dan cuba mencari penyelesaian .

Kita jangan jadi orang munafiq yang hanya berkata sahaja tapi tidak menjadi orang yang berbuat. Allah tidak suka sikap munafiq ini ada pada HAMBANYA.

Bahasa VS Budaya

Alhamdulillah semasa belajar tajuk ni saya mengetahui bahawa bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya.

Dan yang paling saya terkejut ianya berkaitan dengan terjemahan .Penterjemahan ini juga turut melibatkan budaya. Ianya juga memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.


Maksud terjemahan Bahasa:

Menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah juga perlu menggunakan bahasa yang digunakan oleh penutur asal.

Maksud Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya wajib dikekalkan.

Belajar makna terjemahan

Alhamdulilah diberi peluang untuk mengetahui yang makna perkataan ni amat luas . Satu perkataan boleh jadi banyak makna dan ianya mengikut kesesuaian sesuatu ayat.Jadi di sini saya sertakan beberapa contoh perkataan dan ayat  : 

1. Information / maklumat 

-Please fill out the information below.
Sila isikan info di bawah.
-The Information Communication and Culture Ministry.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
-I am hoping the information I share will help you.
Harap info yang saya share membantu anda.

2. Body / badan

- The body was discovered in the sailboat on Monday.
Mayatnya ditemui dalam kapal layar itu pada Isnin.
- The body language also changes.
Bahasa tubuhnya juga berubah.
based on a Stephen King novella called The Body.
-Performed successfully can help preserve the body for a duration of many years.
Melakukan pengawetan yang berjaya dapat membantu memelihara jasad bertahun-tahun lamanya.


Seronok belajar apabila tahu satu perkataan boleh membawa maksud yang pelbagai

06/01/2023

QASIDAH ARAB BERSERTA TERJEMAHANNYA

 Assalamualaikum semua, pada posting kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda tentang qasidah arab yang saya paling minat 😍. Jangan risau, saya akan sertakan terjemahannya sekali supaya anda semua dapat memahami maksud disetiap bait qasidah tersebut 😘.


TAJUK QASIDAH : QASIDAH MUHAMMADIYYAH 







Semoga bermanfaat untuk kalian semua 👍. Kita berjumpa lagi di posting yang seterusnya. Bubyeeeeee👋



 

04/01/2023

SEJARAH KEWUJUDAN "TERJEMAHAN"

 

Tadi tengah duduk sambil baca buku cerita arab, tiba-tiba terfikir.... "macam mana boleh wujudnya terjemahan bahasa.." 

ehh, terjumpa pulak maklumat ni.. jom kita baca bersama, semoga bermanfaat :)


SEJARAH TERJEMAHAN

3,000 SM: Batu bersurat 2 bahasa ditemui di Mesir (Zaman Mesir Tua).  Dengan  penemuan ini, sejarah penterjemahan bermula.

3 00 SM: Orang Roman telah menterjemahkan bahan dalam bahasa Yunani (Greek) ke bahasa Roman.

1100 M: Pada abad ke 12, Tariq bin Ziyaid (Gibraltar) berjaya menakluki Sepanyol.

 • Lahir kerajaan Moor di Sepanyol. Bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah.

  • Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek.

1100 M:  Abad ke-12: Diwujudkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol yang     bertujuan menterjemah idea Islam ke bahasa Greek (termasuklah Sains Islam dan Falsafah Islam).

1522:  Martin Luther menterjemahkan kitab Injil ke bahasa Afrika.

1611:   Injil diterjemahkan ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.

1790:   Tyler berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah-olah karya itu karya asli.”

 1923: Benjamin menamakan terjemahan  yang dihasilkan sebagai penyalinan semula (1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula).

1961:   Jumplet menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.

Contoh tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan harafiah (perkataan demi perkataan): Noralis (1798), Goethe (1813/14), Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), Nietzsche (1882)

1900 –1990:   Pemindahan teknologi memesatkan lagi proses terjemahan ke bahasa-bahasa:

 • negara miskin    

 • negara sedang membangun      

    • negara membangun Kegiatan penterjemahan ini penting kerana setiap negara mempunyai Bahasa             Kebangsaan sendiri.

1911:   Encyclopedia Britannica menyiarkan rencana menyatakan bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat.  Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional.  Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan.  Proses basmi penyelewengan terjemahan agar jujur dan tepat. 

1948-1970:     UNESCO  mengeluarkan kenyataan terjemahan pesat berlaku 4 hingga 5 kali            ganda untuk 3 bidang:   • Pendidikan • Sains dan Sains Sosial   • Kebudayaan

 1948-1970: Terjemah ke (UNESCO):  • bahasa Inggeris (USA) • bahasa Jerman • bahasa Russia

1959 :  Tulisan kesusasteraan, falsafah, sains, perdagangan, diplomatik dan antara  bangsa dari     bahasa Latin dan Perancis telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.  Dari bahasa     Inggeris ini, tulisan tersebut diterjemahkan pula ke bahasa-bahasa  peribumi.

   Pada masa kini, buku-buku Bahasa Inggeris masih mendominasi buku-buku di IPTA.     Sesudah zaman penjajahan,penterjemahan menjadi sangat penting.  Bahasa penjajah    diperturunkan kepada anak negeri tanah jajahan.

Badan Antarabangsa mula menubuhkan perdagangan antarabangsa, kemajuan  Sains dan Teknologi bercambah dan maju.  Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi, peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut.  Penterjemahan semakin mustahak.  Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan.

1967:   Kesatuan Ekonomi Eropah mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam  bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.

1972:   Spitzbart menyatakan 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.  Eropah              memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...