26/01/2023

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab - inggeris ๐Ÿ‘ฌ. Pada hari ini saya akan post 10 nama-nama nabi yang terakhir. Selamat membaca ๐Ÿ˜Ž! 












Jangan lupa untuk kongsikan dengan kawan-kawan tentang nama ni yeee. So, nanti takdelah orang kecam kalau ade orang Malaysia letak nama pelik-pelik sebab boleh jadi nama tu nama nabi dalam bahasa inggeris ๐Ÿ˜‚


Terima kasih kerana sudi membaca segala perkongsian saya ini. Semoga ia menjadi asbab pahala saya terus bertambah. Aamiiin ๐Ÿ˜€

23/01/2023

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, hari ini saya akan berkongsikan sambungan mengenai nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab - inggeris. Pada posting kali ini saya akan berkongsikan 10 nama nabi yang seterusnya. Semoga anda semua teruja untuk mengetahuinyaa ๐Ÿ˜˜๐Ÿ˜˜.











Jumpa di posting akan datang untuk mengetahui sambungannya. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Bubyeeee ๐Ÿ‘‹


20/01/2023

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

 Assalamualaikum semua, pada hari ini saya ingin berkongsikan tentang terjemahan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab - inggeris ๐Ÿ‘ฌ. Pasti anda semua berasa teruja untuk mengetahui nama-nama nabi dalam bahasa inggeris kan ๐Ÿ‘€? Yelah sokmo kita dengar dalam bahasa arab dan melayu je kan ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚... Tapi pada posting kali ini, saya hanya berkongsikan 5 nama nabi terawal sahaja dahulu. Untuk sambungannya, saya akan kongsikan pada posting yang akan datang. Selamat membaca !






Jumpa di posting akan datang untuk mengetahui sambungannya ๐Ÿ˜˜. Semoga bermanfaat untuk anda semua. Bubyeeee ๐Ÿ‘‹


TERJEMAHAN KALENDAR BULAN MELAYU DALAM BAHASA ARAB

 Assalamualaikum semua, pada posting kali ini saya ingin berkongsikan tentang terjemahan kalendar bulan melayu (hakikat sebenar, ini adalah kalendar orang barat ๐Ÿ˜‚) dalam bahasa arab. Semoga anda tertarik untuk mengetahuinya ๐Ÿ‘ ! 



Semoga bermanfaat untuk kalian semua ๐Ÿ‘. Kita berjumpa lagi di posting yang seterusnya. Bubyeeeeee๐Ÿ‘‹


16/01/2023

 

Harini, saya seolah-olah seperti tiada semangat. tapi saya berpegang dengan nasihat yang dipetik dari pepatah Arab. 

Dalam pepatah Arab dikatakan:

 ( ู…َู†ْ ุชَุนَูˆَّุฏَ ุนَู„َู‰ ุดَูŠْุกٍ ، ุตَุงุฑَ ุฃَู‡ْู„َู‡ُ ).

“Barang siapa terbiasa dengan sesuatu, pasti dia akan menjadi ahlinya.”

Jadi, jika Anda ingin bisa menguasai bahasa Arab (mahir ), maka tidak ada jalan lain kecuali mencuba mempraktikkannya dalam kehidupan seharian. 




13/01/2023

Terjemahan bahasa klasik

 Alhamdulilah ilmu baru yang saya belajar mengenai terjemahan bahasa klasik. Bahasa klasik ini saya fikir bahasa kuno atau bahasa lama sahaja . Akan tetapi , bahasa klasik ini juga berkaitan dengan bahasa istana , ayat panjang belit-belit , ayat banyak menggunakan  perkataan (kata pangkal ayat) contoh sebermula, alkisah, hatta dan banyak lagi.


Contoh petikan daripada ‘Hikayat Bayan Budiman’:


“Hai raja yang maha mulia lagi besar, tiada siapa yang terlebih kasih akan duli Syah Alam lebih daripada patik dan tiada siapa yang akan melawan seteru Syah Alam melainkan yang diperhamba juga yang melawan dia”.

Terjemahan Intralingual:

 “Wahai raja yang maha mulia lagi besar, tiada sesiapa yang kasih kepada tuanku melainkan patik dan tiada sesiapapun akan mempertahankan tuanku melainkan patik”.

DOA SOLAT TAHAJUD BERSERTA TERJEMAHANNYA

Assalamualaikum semua, pada perkongsian kali ini, saya ingin berkongsikan tentang doa tahajud berserta terjemahannya. Semoga dengan memahami makna doa ini, anda semua akan lebih rajin untuk bangun bertahajud, Aamiiin ๐Ÿ˜„.

 Perintah Allah menyuruh hambaNya bertahajud




Semoga bermanfaat untuk kalian semua ๐Ÿ‘. Kita berjumpa lagi di posting yang seterusnya. Bubyeeeeee๐Ÿ‘‹






KAEDAH MENTERJEMAH CERITA PENDEK


 MEMBUAT CERITA PENDEK DALAM BAHASA ARAB

Untuk membuat cerita pendek dalam bahasa Arab, terlebih dahulu kita harus memahami pola kalimat dasar dalam bahasa Arab. Setelah itu, kita boleh melakukan dua langkah berikut:

1.  Tentukan tema cerita.

2.  Sebutkan ISIM & FI’IL yang ada kaitannya dengan tema cerita.

Misalnya kita ingin membuat cerita tentang SEBUAH KAMAR. Maka terlebih dahulu kita kumpulkan ISIM dan FI’IL yang berkaitan dengan kamar. Seperti misalnya:

ISIM:  bantal, lampu, meja, kerusi, kipas angin.

FI’IL: Tidur, duduk, belajar, membaca.


Contoh:


ููŠ ุงู„ุบุฑูุฉ


ุงู„ุบุฑูุฉ ูˆุงุณุนุฉ. ููŠ ุงู„ุบุฑูุฉ ุณุฑูŠุฑูƒุจูŠุฑ. ุนู„ู‰ ุงู„ุณุฑูŠุฑ ุงู„ูƒุจูŠุฑ ูุฑุงุด ู†ุธูŠู ูˆ ูˆุณุงุฏุฉ ุฌู…ูŠู„ุฉ. ู†ุงู… ุนู„ูŠ ูˆ ุฒูŠุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ูุฑุงุด ู„ูŠู„ุง


ุนู„ูŠ ูˆ ุฒูŠุฏ ู…ู† ุฌุงูƒุฑุชุง ุนู„ูŠ ุทุงู„ุจ ููŠ ุงู„ู…ุฏุฑุณุฉ ูˆ ุฒูŠุฏ ุทุงู„ุจ ููŠ ุงู„ุฌุงู…ุน


ุงู„ุขู† ูŠุฌู„ุณ ุนู„ูŠ ุนู„ู‰ ุงู„ูƒุฑุณูŠ ูˆ ูŠุฌู„ุณ ุฒูŠุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุณุฑูŠุฑ. ูŠูƒุชุจ ุนู„ูŠ ุฑุณุงู„ุฉ ูˆ ูŠู‚ุฑุฃ ุฒูŠุฏ ู…ุฌู„ุฉ


.ููŠ ุงู„ุบุฑูุฉ ู…ุฑูˆุญุฉ ุตุบูŠุฑุฉ. ุงู„ู…ุฑูˆุญุฉ ุฃู…ุงู… ุนู„ูŠ.  ูˆุถุน ุนู„ูŠ ุงู„ู…ุฑูˆุญุฉ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ูƒุชุจ


DI KAMAR

Bilik itu luas. Di dalam bilik ada sebuah katil yang besar. Di atas katil yang besar itu ada sebuah tilam yang besih dan bantal yang bagus. Ali dan Zaid tidur di atas katil itu pada malam hari. Ali dan Zaid berasal dari Jakarta. Ali adalah siswa di sekolah dan Zaid adalah mahasiswa di universiti. Sekarang Ali sedang duduk di atas kerusi dan Zaid sedang duduk di atas ranjang. Ali sedang menulis surat dan Zaid sedang membaca majalah. Di dalam bilik ada kipas angin yang kecil. Kipas angin itu berada di depan Ali.  Ali meletakkan kipas angin itu di atas meja.


Semoga bermanfaat...

11/01/2023

KATA NAMA KHAS

 Alhamdulilah hari khamis semasa kelas tutorial saya belajar mengenai terjemahan kata nama khas.Saya ingin kongsi sedikit apa yang saya belajar .


Semua mesti tahu kata nama khas ini merujuk  sama ada kepada orang, haiwan, institusi, undang-undang, bangsa, bahasa, dan seumpamanya.Ianya juga terbahagi kepada 2 :

1. hidup (manusia dan binatang)

2. tak hidup

๐Ÿ“ŒContohnya untuk nama orang seperti ุนู„ูŠ) Ali), ู…ุญู…ุฏ) Muhammad), ูุงุทู…ุฉ(Fatimah) dan ุฒูŠู†ุจ) Zainab) tidak perlu diterjemahkan ke bahasa Melayu, tetapi ada dua perkara yang perlu dibuat iaitu:

✅Menukarkan huruf Arab kepada huruf Rumi.

✅Memulakan setiap perkataan dengan huruf besar.

๐Ÿ“ŒSekiranya kata nama khas itu ada padanannya dalam bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, penterjemah perlu memilih padanan yang sesuai dalam bahasa Melayu.

✅Contohnya: ุงุฃู„ูƒุจุฑ ุงุฅู„ุณูƒู†ุฏุฑ) BA) - Alexander The Great (BI) dan Iskandar Yang Agung (BM);ุฏุงูˆุฏ) BA) - David (BI) dan Daud (BM)

✅Kata nama khas yang mempunyai makna tidak boleh diterjemahkan sama sekali. Kalau penterjemah melakukan juga dia telah melakukan kesalahan yang berat.

✅Contoh:Longman (BI) menjadi ู„ูˆู†ุฌู…ุงู†) BA) bukannya ุทูˆูŠู„ ุฑุฌู„ ,dan Longman (BM).

Monofologi VS Morfologi

 Alhamdulilah untuk subjek ni saya didedahkan dengan perkara baru mengenai bahasa.

 Monofologi  ini saya sangat minat akan tetapi saya fikir monofologi dan Morfologi sesuatu yang sama . Ternyata tidak sama.


Monofologi ianya adalah mengkaji mengenai  bunyi-bunyi dalam sesuatu bahasa.Ianya berkait rapat bagaimana bunyi bahasa dituturkan. Dalam pertuturan bagaimana menghasilkan bunyi yang bermakna .

Manakala morfologi pula adalah mengkaji tentang struktur kata, bentuk kata dan penggolongan kata. Ianya merupakan salah satu komponen dalam tatabahasa bahasa Melayu. Contoh ayat : 


1. Ibu merebus ketupat untuk dihidangkan sewaktu hari pertama raya.

2. Kami menjerang air menggunakan cerek baru.

Ayat atas menggunakan kata yang hampir maksud sama.







Kisah perkahwinan Najm Al Din

Alhamdulilah kelas toturial dapat buat secara fizikal. Dan kami diberi tugasan terjemahan kisah yang menarik iaitu kisah perkahwinan pemimpin. Saya ingin berkongsi mengenai cerita perkahwinan ini bagaimana mereka boleh mendirikan rumah tangga.


Pada suatu hari,  Asad al-Din Shirakoh datang kepada Najm al-Din dan bertanya kepadanya mengapa tidak berkahwin?

Najm al-Din pun berkata: Saya tidak menemui sesiapa yang sesuai untuk saya. 

Ada's Al Din memberi satu nama dan terus Najm al-Din menggelengkan kepalanya dan berkata: Dia tidak sesuai untukku. Asad al-Din hairan dan bertanya. 

Dan siapakah yang sesuai untukmu? Najm al-Din menjawab: Aku mahukan seorang isteri yang solehah yang akan membawa tanganku ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki yang kami didik dengan baik sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.  

Najmuddin sedang duduk dalam majlis ilmu disebuah masjid di Tikrit, datanglah seorang gadis memanggil syeikh dari sebalik tabir, maka syeikh tersebut meminta izin daripada Najm al-Din dan pergi bercakap dengan gadis itu. Dan gadis itu ianya sama juga hasrat dengan Najm al-Din iaitu nak seorang suami yang soleh yang akan membawanya ke syurga, dan melahirkan seorang anak lelaki sehingga dia membesar sebagai seorang kesatria dan mengembalikan Baitulmaqdis kepada umat Islam.

Kisah ini sangat menarik kerana Allah Taala memberikan apa yang mereka hajatkan. Maka Najm al-Din dapat seorang anak lelaki yang menjadi pahlawan yang mengembalikan Baitullah kepada kaum muslimin iaitu (Salah al-Din)

Terjemahan kisah munafiq

Pada hari Khamis , saya belajar terjemahan mengenai kisah munafiq. Teks dalam bahasa Arab dan kami terjemahkan dalam bahasa melayu. 


Jadi ini potongan teks tersebut: 

Hilang jiwanya. seseorang tidak kehilangan dirinya apabila tidak menentang yang lain, dan kerjanya seimbang, tetapi orang yang munafik sentiasa hidup dalam kebimbangan dan kekeliruan. Oleh itu, dia cuba melarikan diri dari realitinya, jadi dia menggunakan seperti dadah atau perkara lain. dan penyelesaiannya bukanlah untuk seseorang itu mencari dadah apabila di hadapan / menerima peristiwa itu, tetapi orang itu mesti menghadapi peristiwa itu dan cuba mencari penyelesaian .

Kita jangan jadi orang munafiq yang hanya berkata sahaja tapi tidak menjadi orang yang berbuat. Allah tidak suka sikap munafiq ini ada pada HAMBANYA.

Bahasa VS Budaya

Alhamdulillah semasa belajar tajuk ni saya mengetahui bahawa bahasa tidak mungkin dapat dipisahkan daripada budaya.

Dan yang paling saya terkejut ianya berkaitan dengan terjemahan .Penterjemahan ini juga turut melibatkan budaya. Ianya juga memberi kesan yang besar terhadap teori dan teknik terjemahan.


Maksud terjemahan Bahasa:

Menghasilkan terjemahan yang bermutu tinggi, penterjemah juga perlu menggunakan bahasa yang digunakan oleh penutur asal.

Maksud Terjemahan Budaya: Terjemahan yang bermutu tinggi adalah terjemahan yang dapat memberitahu pembaca sasaran bahawa mereka sedang membaca berkenaan orang, benda, perkara dan budaya asing. Oleh itu, unsur-unsur budaya wajib dikekalkan.

Belajar makna terjemahan

Alhamdulilah diberi peluang untuk mengetahui yang makna perkataan ni amat luas . Satu perkataan boleh jadi banyak makna dan ianya mengikut kesesuaian sesuatu ayat.Jadi di sini saya sertakan beberapa contoh perkataan dan ayat  : 

1. Information / maklumat 

-Please fill out the information below.
Sila isikan info di bawah.
-The Information Communication and Culture Ministry.
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan.
-I am hoping the information I share will help you.
Harap info yang saya share membantu anda.

2. Body / badan

- The body was discovered in the sailboat on Monday.
Mayatnya ditemui dalam kapal layar itu pada Isnin.
- The body language also changes.
Bahasa tubuhnya juga berubah.
based on a Stephen King novella called The Body.
-Performed successfully can help preserve the body for a duration of many years.
Melakukan pengawetan yang berjaya dapat membantu memelihara jasad bertahun-tahun lamanya.


Seronok belajar apabila tahu satu perkataan boleh membawa maksud yang pelbagai

06/01/2023

QASIDAH ARAB BERSERTA TERJEMAHANNYA

 Assalamualaikum semua, pada posting kali ini saya ingin berkongsikan kepada anda tentang qasidah arab yang saya paling minat ๐Ÿ˜. Jangan risau, saya akan sertakan terjemahannya sekali supaya anda semua dapat memahami maksud disetiap bait qasidah tersebut ๐Ÿ˜˜.


TAJUK QASIDAH : QASIDAH MUHAMMADIYYAH 







Semoga bermanfaat untuk kalian semua ๐Ÿ‘. Kita berjumpa lagi di posting yang seterusnya. Bubyeeeeee๐Ÿ‘‹



 

04/01/2023

SEJARAH KEWUJUDAN "TERJEMAHAN"

 

Tadi tengah duduk sambil baca buku cerita arab, tiba-tiba terfikir.... "macam mana boleh wujudnya terjemahan bahasa.." 

ehh, terjumpa pulak maklumat ni.. jom kita baca bersama, semoga bermanfaat :)


SEJARAH TERJEMAHAN

3,000 SM: Batu bersurat 2 bahasa ditemui di Mesir (Zaman Mesir Tua).  Dengan  penemuan ini, sejarah penterjemahan bermula.

3 00 SM: Orang Roman telah menterjemahkan bahan dalam bahasa Yunani (Greek) ke bahasa Roman.

1100 M: Pada abad ke 12, Tariq bin Ziyaid (Gibraltar) berjaya menakluki Sepanyol.

 • Lahir kerajaan Moor di Sepanyol. Bahan bahasa Arab diterjemah ke bahasa-bahasa Eropah.

  • Terjemahan besar-besaran dari Tamadun Islam ke bahasa Greek.

1100 M:  Abad ke-12: Diwujudkan Sekolah Terjemahan Toledo, Sepanyol yang     bertujuan menterjemah idea Islam ke bahasa Greek (termasuklah Sains Islam dan Falsafah Islam).

1522:  Martin Luther menterjemahkan kitab Injil ke bahasa Afrika.

1611:   Injil diterjemahkan ke bahasa Inggeris berdasarkan versi Jerman dan Perancis.

1790:   Tyler berpendapat, “Terjemahan yang baik itu dapat dirasai oleh pembaca seolah-olah karya itu karya asli.”

 1923: Benjamin menamakan terjemahan  yang dihasilkan sebagai penyalinan semula (1920-an dianggap sebagai Zaman Penyalinan Semula).

1961:   Jumplet menamakan abad ke 19 dan 20 sebagai Zaman Penterjemahan.

Contoh tokoh penterjemahan yang memperkenalkan terjemahan harafiah (perkataan demi perkataan): Noralis (1798), Goethe (1813/14), Humbold (1816), Schleievmacher (1813), Schopenhaner (1851), Nietzsche (1882)

1900 –1990:   Pemindahan teknologi memesatkan lagi proses terjemahan ke bahasa-bahasa:

 • negara miskin    

 • negara sedang membangun      

    • negara membangun Kegiatan penterjemahan ini penting kerana setiap negara mempunyai Bahasa             Kebangsaan sendiri.

1911:   Encyclopedia Britannica menyiarkan rencana menyatakan bahawa kebanyakan terjemahan dilakukan secara tidak cekap dan tidak tepat.  Mutu terjemahannya rendah sebab kerjaya dibuat tidak profesional.  Encyclopedia Britannica menyarankan agar terjemahan mestilah tepat dan bermutu tinggi dilakukan.  Proses basmi penyelewengan terjemahan agar jujur dan tepat. 

1948-1970:     UNESCO  mengeluarkan kenyataan terjemahan pesat berlaku 4 hingga 5 kali            ganda untuk 3 bidang:   • Pendidikan • Sains dan Sains Sosial   • Kebudayaan

 1948-1970: Terjemah ke (UNESCO):  • bahasa Inggeris (USA) • bahasa Jerman • bahasa Russia

1959 :  Tulisan kesusasteraan, falsafah, sains, perdagangan, diplomatik dan antara  bangsa dari     bahasa Latin dan Perancis telah diterjemahkan ke Bahasa Inggeris.  Dari bahasa     Inggeris ini, tulisan tersebut diterjemahkan pula ke bahasa-bahasa  peribumi.

   Pada masa kini, buku-buku Bahasa Inggeris masih mendominasi buku-buku di IPTA.     Sesudah zaman penjajahan,penterjemahan menjadi sangat penting.  Bahasa penjajah    diperturunkan kepada anak negeri tanah jajahan.

Badan Antarabangsa mula menubuhkan perdagangan antarabangsa, kemajuan  Sains dan Teknologi bercambah dan maju.  Bahasa tempatan diperlukan untuk usaha-usaha promosi bahan-bahan komersial dan pemindahan Sains dan Teknologi, peranan penterjemah mendapat tempat untuk tujuan-tujuan tersebut.  Penterjemahan semakin mustahak.  Di Malaysia sahaja, badan-badan seperti Maktab Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim dan Dewan Bahasa dan pustaka telah ditubuhkan.

1967:   Kesatuan Ekonomi Eropah mempunyai 16 ribu orang penterjemah khusus dalam  bidang ekonomi, jurnal dan lain-lain.

1972:   Spitzbart menyatakan 80 ribu jurnal stilistik diterjemah setiap tahun.  Eropah              memerlukan terjemahan bahan global dan mempunyai nilai komersial

NAMA - NAMA NABI DALAM TERJEMAHAN MELAYU - ARAB - INGGERIS

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan, pada hari ini saya akan berkongsikan sambungan nama-nama nabi dalam terjemahan melayu - arab...